Iklan @ Rahsia Wanita

  • Jatuhnya Seorang Wanita Seksi

    Jatuhnya Seorang Wanita SeksiSeorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

    Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

    Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

    Wanita : Bagaimana?

    Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

    Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

    Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

    Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

    Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

    Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

    Wanita : Bagaimana?

    Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

    Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

    Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

    Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

    Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

    Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

    Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

    Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…

    dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

    TERUSKAN MEMBACA
  • Mengandung Luar Rahim

    MENGANDUNG LUAR RAHIMUNTUK persenyawaan biasa, pertemuan di antara benih telur dan sperma berlaku di tiub fallopian. Telur yang difertilisasikan ini sepanjang tiub fallopian akan bertambah bilangan selnya sehingga ke satu bentuk yang dinamakan blastosis, dengan bilangan selnya di antara 70 hingga 100. Penanaman blastosis berlaku di endometrium di dalam rahim puan, ianya akan membesar. Mengandung di luar rahim berlaku apabila penanaman (implantasi) terjadi di tempat lain selain dinding dalaman rahim, kadar tumbesaran kandungan terbantut dan perlu didiagnosa dan dirawat dengan segera.

    Tentulah apabila puan terlepas haid bulanan yang sepatutnya dan ujian air kencing menjadi positif, persoalan yang timbul, apakah kandungan ini berada di dalam ataupun di luar rahim?

    Langkah untuk mengesan kandungan di luar rahim:

    1) Terdapat rungutan yang lazim sekiranya kandungan puan di luar rahim.

    2) Cara mendiagnosa kandungan luar rahim.

    3) Kaedah perawatannya.

    Kebanyakan kandungan di luar rahim berlaku di tiub fallopian, namun begitu, implantasi juga boleh berlaku di tempat-tempat lain seperti di rongga abdomen, ovari dan sebagainya. Disebabkan ruang untuk membesar terhad di dalam tiub fallopian, tiub tersebut boleh pecah dan menyebabkan pendarahan yang banyak dan ini menggugat nyawa. Keadaan ini genting serta getir dan rawatan segera perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa.

    Sekiranya dikesan awal dan tiub masih lagi utuh dan tidak pecah serta tahap hemodinamik puan yang stabil,mungkin puan boleh dirawat dengan ubat ataupun sekiranya pembedahan diperlukan, pembaikian serta restoratif tiub dapat dilakukan.Ini penting sekiranya puan masih ingin menambah bilangan ahli keluarga pada masa hadapan. Sekiranya tiub terpaksa dikorbankan, bermakna puan hanya bergantung pada satu tiub untuk keupayaan reproduksi.

    Mereka yang berisiko

    Sekiranya puan terdedah kepada hubungan kelamin, bermakna puan berisiko untuk mengandung di luar rahim. Statistik di barat menyatakan mengandung di luar rahim berlaku setiap 50 ibu mengandung. Kebelakangan ini, insiden mengandung di luar rahim meningkat.

    Tiub fallopian yang abnormal memberikan risiko yang tinggi untuk implantasi kandungan yang abnormal. Kejadian tiub fallopian abnormal berlaku di kalangan mereka yang mempunyai faktor risiko berikut:

    1) Mempunyai jangkitan di organ rahim, tiub fallopian dan juga organ-organ pelvik berhampiran. Secara kolektif, jangkitan ini dipanggil jangkitan keradangan pelvik.

    2) Sejarah lampau mengandung di luar rahim.

    3) Sejarah kemandulan.

    4) Sejarah pembedahan di pelvis dan juga abdomen.

    5) Endometriosis

    6) Penyakit tularan seksual.

    7) Pembedahan yang melibatkan tiub fallopian seperti sterilisasi tubal. Keadaan ini menyebabkan pergerakan telur yang telah difertilisasi terencat dan implantasi berlaku di tempat lain.

    8) Merokok

    9) Mengandung pada umur yang lanjut.

    Pendiagnosaan serta rungutan lazim

    Ada yang mengandung di luar rahim tetapi tidak mempunyai rungutan. Ada pula yang tidak tahu yang beliau mengandung. Lazimnya simptom-simptom yang dialami serupa dengan simptom mengandung seperti mual,loya,letih tidak bermaya dan sebagainya.Kerana itulah pentingnya syak wasangka terhadap mengandung sekiranya puan terdedah pada hubungan kelamin.Ujian air kencing serta pemeriksaan ultrasound awal seeloknya dilakukan. Ini bertujuan supaya dapat menyelamatkan tiub fallopian serta menambahkan kebarangkalian kejayaan mengandung pada masa hadapan.

    Mungkin simptom-simptom berikut timbul sebelum puan tahu yang diri puan mengandung. Sekiranya puan berjumpa dengan doktor, pemeriksaan lanjutan boleh dilakukan seperti:

    1) Pemeriksaan bimanual melalui faraj.

    2) Pemeriksaan petanda vital seperti tekanan darah dan juga denyutan nadi.

    3) Pemeriksaan ultrasound, lebih elok sekiranya pemeriksaan ultrasound dilakukan melalui faraj.

    4) Pemeriksaan darah untuk tahap biokimia hormon human chorionic gonadotropin(hCG). Ujian ini akan dijalankan secara berkala dan sekiranya peningkatan parasnya diragui, mungkin puan berisiko untuk mengandung di luar rahim.

    5) Ujian pencairan berganda air kencing, cara ini lebih cepat keputusannya jika dibandingkan dengan ujian darah. Setiap pencairan mempunyai nilaian hCG berpadanan dengan minggu serta kemajuan kandungan. Mengandung di luar rahim serta keguguran menyebabkan paras hormon hCG tidak berpadanan dengan usia kandungan. Puan mungkin perlu berada di wad untuk diamati supaya diagnosa dapat dipastikan serta kaedah rawatan yang sewajarnya.

    Rawatan

    Berdasarkan kestabilan petanda vital dan juga tempat berlakunya implantasi abnormal, rawatan mungkin secara pembedahan ataupun tanpa pembedahan.

    Tanpa pembedahan

    Sekiranya puan stabil dan saiz kandungan kecil dan masih utuh, ubat methotrexate, sejenis ubat anti neoplastik kanser digunakan. Ubat ini menyebabkan sel-sel berhenti bilangannya, menyebabkan kandungan berhenti dan diserap oleh badan puan. Bukan semua dapat menerima kaedah perawatan ini. Mereka yang menyusu badan serta masalah kesihatan lain tidak dibenarkan perawatan secara kaedah ini.

    Biasanya ubat ini diberikan sekali sahaja, dan proses penyerapan kandungan memakan masa sehingga 4-6 minggu.Darah puan diamati paras hormon hCG sebelum,selepas tiga hari dan juga selepas seminggu. Paras hormon ini sepatutnya menurun dan sekiranya keadaan sedemikian tidak berlaku, puan dinasihatkan menjalani pembedahan.

    Mungkin dalam tempoh tersebut, puan perlu berada di wad untuk diamati perkembangan petanda vital badan.

    Methotrexate adalah satu ubat yang merbahaya, semasa dan juga seketika selepas perawatan, puan dinasihatkan supaya mengelakkan daripada:

    1) Meminum alkohol

    2) Vitamin yang mengandungi asid folik

    3) Ubat tahan sakit jenis NSAID(non steroidal antiinflammatory drugs)

    4) Hubungan kelamin(hentikan sementara).

    Kaedah tanpa pembedahan mungkin menyebabkan puan mengalami sakit-sakit di bahagian abdomen dan mungkin juga pendarahan faraj. Juga simptom-simptom lain seperti loya-loya dan muntah-muntah, kekerapan membuang air besar dan juga pening-pening. Beritahu doktor serta jururawat sekiranya puan dirawat secara tanpa pembedahan dan tiba-tiba mengalami kesakitan abdomen yang amat sangat ataupun tahap kesakitan bertambah, pendarahan melalui faraj bertambah, rasa pening serta macam nak pitam dan juga degupan jantung dirasi bertambah. Mungkin implantasi abnormal ini pecah dan berdarah, kaedah rawatan lain perlu dilakukan.

    Rawatan melalui pembedahan

    Terdapat dua cara pembedahan, iaitu secara pembedahan terbuka dan juga secara laparoskopik. Apa jua kaedah pembedahan ini, tujuan asas mereka adalah untuk membuang implantasi abnormal yang berlaku, menghalang pendarahan selanjutnya daripada memudaratkan nyawa puan.

    dipetik dari Utusan Malaysia

    dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

    TERUSKAN MEMBACA
  • APA ITU SELAPUT DARA? APA ITU SELAPUT DARAPengenalan:
    Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.

    APA ITU SELAPUT DARA??

    Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

    ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

    TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

    APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

    Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

    Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

    APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

    Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

    Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

    APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

    Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

    Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

    Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

    Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

    dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

    TERUSKAN MEMBACA
  • Awas krim perapi dan perangsang anggota sulit wanita rahsia perkahwinan,gambar pemerkosaan,gambar artis,weddings readings,wedding speech,wedding dresses,weddings in las vegas,wedding toasts,wedding invitations,wedding flowers,wedding cakes,wedding rings,weddings,wedding songs,wedding anniversary,wedding,wedding decorations
    Kini ada banyak krim dan losyen yang diketengahkan sebagai krim perapi dan perangsang anggota sulit wanita mengandungi pelbagai ramuan semula jadi.

    Sebahagian besar daripada krim dan losyen itu tidak pernah dikaji dan dijual pada harga mahal, walaupun antaranya krim biasa dan mungkin tiada apa-apa bahan aktif.

    Ada beberapa krim dan losyen pelembap anggota sulit wanita yang mana penjualannya tanpa segan silu menggunakan nama saya sebagai ‘pelaris’ tanpa memberi apa-apa royalti daripada titik peluh saya yang mengkajinya.

    Sebahagian besar daripada krim itu hanya krim tiruan, menggunakan hasil kajian saya yang diambil daripada sumber am tanpa rujukan dan izin saya untuk memasarkannya.

    Oleh itu, mustahak untuk saya ketengahkan krim yang saya terbabit secara langsung dan tidak langsung supaya pembaca dapat maklumat yang lebih tepat dan jangan sampai keliru atau tertipu.

    Jika ada persoalan elok rujuk kepada saya, lebih lagi jika penjual menggunakan gambar dan nama saya. Saya boleh dihubungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

    ‘Krim Harmoni’ yang terdapat di pasaran macam krim yang saya pernah kaji pada hujung 2000. Syarikat yang menjualnya pun sudah muflis. Mungkin krim yang dijual itu bukan krim sebenar.

    Bagaimanapun, kajian yang saya lakukan kepada krim asal harmoni ialah untuk mengetahui sejauh mana krim itu dapat mengecutkan faraj yang luas, untuk wanita yang mahu menyempitkan faraj.

    Sememangnya faraj akan menjadi sempit, tapi ada banyak kesan sampingan. Saya dapati krim ini mengubah keasidan faraj dan mengakibatkan flora dan fauna faraj berubah dan secara langsung mengakibatkan jangkitan kulat yis.

    Selain itu, krim ini tidak boleh digunakan dalam faraj kerana boleh menyebabkan kekeringan dan kerosakan mukosa faraj, selain jangkitan kerana ia bukan dirumuskan sebagai krim faraj. Ia hanya untuk digunakan di bahagian luar.

    Jika lama digunakan boleh menyebabkan kekecutan vulva (bibir besar, bibir kecil, klitoris dan bahagian antara bibir kecil) kerana kandungan manjakani yang sebenarnya pengawet kuat dan boleh mengeringkan kulit vulva.

    Pada pendapat saya krim Harmoni ini tidak lagi sesuai untuk digunakan kepada anggota sulit wanita kerana kini ada banyak lagi krim yang lebih selamat dan sesuai.

    Saya tidak syorkan lagi krim Harmoni ini dan hasil kajian lalu itu sudah tidak memberi apa-apa makna lagi kerana krim ini banyak kesan sampingan.

    Saya hanya syorkan krim perapi vulva bernama O’Must yang saya rumuskan sendiri dan jalankan kajian klinikal serta dermatologikal.

    Ia didapati selamat dan sesuai sesuai untuk kelembutan dan kegebuan vulva. Krim perapi ini boleh digunakan setiap hari selepas selesai mandi.

    Ia ada pelindung semula jadi untuk mencegah kuman, kulat dan kuman virus. Amalan penggunaan krim ini akan membuatkan kulit vulva lembut, segar, terlindung daripada jangkitan kuman, kulat dan kuman virus.

    DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

    Dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

    TERUSKAN MEMBACA
  • Rahsia punggung, Yang mana satu anda? Rahsia punggung
    Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??
    1. Seimbang

    Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.

    2. Bulat

    Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

    3. Tinggi

    Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.

    4. Besar

    Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

    5. Rata


    Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

    Dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

    TERUSKAN MEMBACA
  • Wanita mandul akibat gangguan jin wanita malaysia
    Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

    SOALAN: Saya telah berumah tangga lebih daripada 12 tahun, tetapi masih tidak mendapat zuriat. Puas berubat berjumpa doktor pakar, tetapi masih tidak berhasil. Doktor kata, semuanya tidak ada masalah, sama ada dari pihak saya atau suami. Suami saya seperti biasa biarpun kami masih tidak ada cahaya mata setelah berkahwin begitu lama. Namun jauh di sudut hati, saya merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam kehidupan kami.

    Persoalan yang perlu saya kemukakan, adakah berkemungkinan ada punca lain yang menyebabkan kami tidak mempunyai zuriat? Pernah dua kali saya seperti mengandung selama lebih kurang tiga bulan, tetapi tidak lama lepas itu, saya seumpama keguguran. Sebelum keguguran saya selalu mengalami mimpi yang pelik-pelik, juga sukar tidur malam. - ROHANI, Hulu Klang

    JAWAPAN: Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.

    Suami perlu berupaya mengeluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan di mana ia bergantung kepada saluran produktif dan ovari.

    Mandul pada pihak perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah mandul.

    Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.

    Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:

    1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

    2. Kusut fikiran.

    3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

    4. Mengigau ketika tidur.

    5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

    Menurutnya lagi, kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

    Gangguan seperti ini menurut pengalamannya boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan. Termasuk dalam hadis Safiyah binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

    Al-Qadi Badruddin. Abi Abdullah dalam bukunya bertajuk, Garaibu wa Ajaibu `l-Jinn (1983:144-145) menjelaskan tentang satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama.

    Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan - Riwayat At-Tarmizi.

    Wahid Abdul Salam Bali (1412H:113) juga menjelaskan kaedah untuk merawat mereka yang mengalami masalah kemandulan akibat gangguan jin seperti dijelaskan di bawah ini:

    1. Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini boleh juga dirakamkan dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.

    2. Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh, ataupun diperdengarkan kepadanya.

    3. Membaca surah al-Ma’arij ketika hendak tidur, ataupun diperdengarkan kepadanya.

    4. Bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

    5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

    Amalan ini hendaklah dilakukan selama tiga bulan di samping mengamalkan suruhan syariah agar ia menjadi mukmin yang sebenar, yang disembuhkan oleh Allah bertepatan dengan firmannya (Isra’: 82) Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman.

    Menurut Wahid Abdul Salam Bali lagi, Allah telah menentukan penawar dan kesembuhan bagi mereka yang beriman. Banyak orang yang menghadapi masalah seperti ini dirawat menurut kaedah yang dijelaskan dan sembuh dengan izin Allah.

    Jelasnya perempuan yang menghadapi masalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir seperti yang dijelaskan, di samping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

    Untuk memperkuatkan tubuh pesakit, madu asli yang dicampur dengan jintan hitam diminum pada waktu pagi, sebelum sarapan dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Bacakan bahan tadi dengan bacaan surah Yasin dan surah al-Jin.

    Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah yang dihadapi oleh kaum wanita yang terlibat, selain daripada sebab-sebab fizikal:

    1. Akibat sihir.

    2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

    Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.

    Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

    Untuk merawat pesakit seperti ini, selain daripada kaedah yang dijelaskan di atas, kaedah berikut hendaklah diikuti:

    1. Berpakaian menutup aurat dan bertudung, di samping menjauhkan diri daripada tabiat terlalu suka bersolek di hadapan cermin.

    2. Mendengar surah al-Baqarah sekali di siang hari dan sekali pada waktu malam dalam bilik tidur. Paling baik orang yang terlibat membacanya.

    Andainya pesakit menjadi tidak menentu, menggigil tubuh, sesak nafas, sakit dada ataupun sakit pada bahagian mata, suruh pesakit

    1. Mendengar ayat-ayat al-Quran terus-menerus, terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.

    2. Menjaga sembahyang pada waktunya, juga sentiasa berzikir.

    3. Membaca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, membaca dua kalimah syahadah dan berdoa: Tuhanku, sesungguhnya kutumpukan wajahku pada-Mu, andainya Kau matikan daku pada malam ini, matikanlah daku dalam keadaan Islam, dan andainya Kau hidupkan daku, maka hidupkanlah aku untuk mengingati akan Dikau.

    Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga daripada keterangan hadis-hadis. Malah al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam.

    Pada dasarnya, jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia, kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia, yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini, ia akan menghadapi masalah ketika tidur.

    Syeikh Salam Bali (1992:73) membahagikan tanda-tanda gangguan tersebut kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur dan ketika dalam keadaan jaga.

    Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak terlena.

    Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

    Mereka yang bermasalah seperti ini juga sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

    Mimpi melihat binatang yang menakutkan, mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

    Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.

    Dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

    TERUSKAN MEMBACA

Video @ Rahsia Wanita

Iklan @ Rahsia Wanita

FAN RAHSIA PERKAHWINAN

Chat

Archive